Bismillah, I begin this journey. Only He matters, Others' opinions don't.
Profile

Photobucket Hazwan Bin Ibrahim
wan/WanO/awan/cloud/dhoif servant/square/chicken little/wan tanah merah
Humble servant of Allah S.W.T
13 July

Tag



[ March 2009 ] [ April 2009 ] [ May 2009 ] [ June 2009 ] [ July 2009 ] [ August 2009 ] [ September 2009 ] [ October 2009 ] [ November 2009 ] [ December 2009 ] [ January 2010 ] [ February 2010 ] [ March 2010 ] [ April 2010 ] [ May 2010 ] [ June 2010 ] [ July 2010 ] [ August 2010 ] [ October 2010 ]

Layout: vehemency
Icon: reruntherace


Monday, October 11, 2010, 8:06 PM
Kelas Bimbingan Remaja


Assalamualaikum wr wb.

Ibubapa/Waris/Remaja yang dihormati,

Para remaja zaman kini berhadapan dengan berbagai cabaran. Kita selaku waris, guru atau remaja mesti menyahut serta membantu mereka dengan segera melalui cara-cara yang dapat memikat dan mengekalkan minat kearah kebaikan.

m-CHANGE Services/Al-Islah mempunyai visi untuk menerapkan nilai-nilai yang murni melalui pembelajaran agama yang menarik, interaktif lagi bermanfaat.

Kelas agama yang diberi nama Kelas Bimbingan Remaja(KBR) mengajarkan 3 topik utama.

1. Fiqh – Perkara yang berkait dengan ibadat.
2. Tauhid – Perkara yang berkait dengan peganggan seorang muslim.
3. Tasawuf – Perkara yang berkait dengan akhlaq mulia (ke arah Idenditi Singapura Muslim –SMI-).

KBR menjanjikan remaja yang beramal dan bertanggungjawab. Antara Isu-isu hangat yang akan dibincangkan dalam KBR (Sering menganggu fikiran ibubapa) seperti:
• Cinta, Dadah, Murtad, Pergaulan bebas, Adab ibubapa, Kepentingan silaturahmi adik-beradik, salah pilih kawan dan lain-lain lagi.

KBR akan dijalankan di Pusat Pendidikan Annil kepunyaan Ust Mamfizam Bakaram Blk 134 Jurong Gateway Rd #04-309B Bermula jam 8.00 – 9.00 malam, Setiap hari Jumaat bermula 15/10/2010.

Yuran KBR adalah sebanyak $20.00 dan yuran pendaftaran adalah sejumlah $10.00 bagi setiap pelajar. Mereka yang menghantar lebih daripada 1 orang remaja boleh minta subsidi daripada Pengurusan m-CHANGE Services.

Mereka yang tidak berkemampuan juga boleh minta bantuan daripada pihak pengurusan agar tidak kelepasan mendapat ilmu agama yang diperlukan.

Tempat adalah terhad!

Ust Md Firdaous Abd Rashif
Pengurus m-CHANGE Services (Al-Islah)
www.m-change.webs.com
Co Reg: 53154808B